the craziest online shopping gallery



Sunday, January 18, 2009

memori pertama kami bertemu..


kami..........

bertemu dalam situasi yang tidak dirancang.persepsi antara kami adalah berbeza pada pertemuan pertama,bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta".


BABAK 1:PERTEMUAN ANTARA FAR DAN YUE........

Minggu Mesra Pelajar ketika taklimat kursus masing2 mengikut pusat pengajian.

2 pelajar yang agak2 kusut dan cute sedang melayan 'feeling' masing2 sambil menunggu arahan seterusnya dari akak2 dan abg2 pc.Tiba2 far dikejutkan dari 'feeling' yang melampau dengan 1 pertanyaan dari abg PC iaitu kehilangan seorang pelajar yg sepatutnya duduk bersebelahan far.Dalam kekusutan kami mencari,tiba2 masuk seorang pelajar dengan muka tidak bersalah dan konfiden yg teramat sangat suka2 parking sebelah far.Kami yg berada di dalam kerisauan tadi terus memerhati pelajar itu dengan perasaan yg bercampur-baur.Setelah disoal-siasat ternyata pelajar itulah yang hilang tadi.Insiden itu telah membawa kepada satu detik pertemuan yang tidak disangka2 oleh 2 sahabat.Pada awalnya,antara mereka saling tidak menyenangi kerana masing2 mempunyai persepsi yg negatif antara 1 sama lain.yue menyangka far seorang yg sombong kerana sepatah yg yue tanya sepatah jugalah yang dijawab.far juga mempunyai persepsi yang sama terhadap yue.Hari berikutnya hubungan kami makin pulih kerana keramahan yue yg tiada batasan.Setiap kali mereka berjumpa yue sering menegur far dengan ayat 'PEACE' sambil membuat muka cute.Akhirnya,dengan keramahan yg agak2 melampau itulah mereka saling mengenali dan bersahabat.


BABAK 2:PERTEMUAN ANTARA YUE DAN QLO.....

Disebabkan 1 kursus dan 1 kolej secara tidak sengaja,mereka telah bersahabat.

Semasa pembahagian kursus,yue dengan muka tidak bersalah telah memotong queu qlo secara sengaja.Tetapi tiada sebarang reaksi daripada qlo.yue mulai resah dan tertanya2,tentang apa yg difikirkan oleh qlo marah atau sebaliknya.Disebabkan rasa bersalah yue memberanikan diri melemparkan senyuman yg dirasakan cute kepada qlo.Qlo membalas senyuman terlampau yg diberikan oleh yue dengan ala kadar je.Yue termalu sendiri dan yue berundur kembali ke belakang namun ditahan oleh qlo krana qlo redha yue duduk dihadapannya.Dengan keikhlasan qlo,mereka semakin rapat sehingga kini.


BABAK 3:PERTEMUAN ANTARA QLO DAN FAR .....

adalah disebabkan oleh yue....


Walaupun pertemuan antara tiga sahabat ini sangat drastik,namun ianya kekal hingga kini...


Kini, semua itu adalah memori yg paling berharga dan manis dalam lipatan sejarah kami bertiga yang pasti akan dikenang selamanya.



1 comment:

  1. wargh... aq cayang korang weh..... frens 4 ever.... cyg sgt frenship nih... x nk de pape prob... tp, cmne?? sob3...

    ReplyDelete