the craziest online shopping gallery



Tuesday, June 14, 2011

KAMUS LOGHAT KEDAH EDISI 1

A

Aghoi Kacau

>> Hanis mengaghoi pulut dengan kepala santan untuk dimakan dengan mempelam haqhom maneh.

Awah/ Awas campuran sblm tumis

>> Pi la awah dulu kelengkap gulai tu sat gi kita jerang ataih dapoq.

B

Beluam pakaian yang dibungkus dengan kain (org dedulu tadak beg pakai mende ni la)

>> Jalak mengangkat beluamnya sambil berpantun di depan rumah Pak Malau. ?ajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu? bla bla bla?..?

Belemuih Comot/ Kotor

>> Eis terjatuh kedalam bendang ketika bawak moto kot bataih ban, habih belemuih baju dia.

Bedanoq berdaki dibadan

>> Awat la yg bedanoq sgt badan hang ni niko ?? maqhah mak niko sambil menyental badan niko dgn berus sabut

Bedak agih

>> Cuba jangan dok mengkelai, pi bedak elok-elok bagi sama kena buah moktan tu.

Belepung/ Belopiang muka yg over pakai bedak

>> Alahai tersenyum dengan muka belopiang bedak sejuk menyambut hasbennya pulang.

Beleh tak macho / tak dak tenaga

>> Mawi kelihatan beleh sekali selepas 7 hari berturut-turut mengadakan konsert.

Besiaq Kerap kencing

>> Hang ni Sabariah Senan, besiaq sungguh sat-sat p toilet, sat-sat p toilet.?

Bedeghemen muka comot / penuh parut

>> Muka ebok berdeghemen sebab dia terlanggaq tiang lampu.

C

Cokpeknga Lempeng / Peknga / Cucur tempek belanga.

>> Salah satu masakan kegemaran nombot adalah cokpeknga pisang.

Camok menyelerakkan barang2, bersepah

>>> Kubus mendenda anak-anaknya kerana buat camok dalam rumah.

Cangcunggit Jongkang Jongket / see saw

>> Salah satu mainan kegemaran mantan di padang permainan adalah cangcunggit

Choih- muncul tiba-tiba

>> Terkejut Hanis sbb tiba-tiba saja si JJ choih mai depan dia.

Chepoh kaki patah / terkehel

>> Kaki kambing Riss chepoh sebab kena langgaq ngan moto.

Chempong pegang / kawal / dukung

>> Niko mencempung Masjuana yg pengsan terkejut mendengarkan hantaran kawin Cik CT.

Chering Berdiri bulu roma

>>> Wildchempaka chering bulu roma tengok citer seram di tengah malam.

Cengkoi Kaki@ tangan yg bengkok

>> Walaupun dengan kaki yang cengkoi namun ZZ berjaya juga menjaringkan gol.

Cemuih bosan

>> Semua org pakat dok cemuih dah dgr citer CT nak kahwin ngan DK

Chempera kelam kabut

>> Jalak lari berchempera kena ligan dengan polis sbb menjadi penjanjur laga ayam.

D

Daoh out of fashion / ulu sangat la

>> awat la yg daoh sgt pesen baju ang tu Ahlam.

Daih tahan dengan kaki / sekat dengan niat bg jatuh

>>> Niko bercita-cita untuk daih kaki DK masa perarakan perkahwinan Dk dan CT nanti.

E

Eghon kain dipotong serong / ambil lebih beda

>> Mantan terlebih potong eghon bajunya menyebabkan baju yg sepatutnya besaq jadik kecik sendat.

G

Gelintey membentuk adunan tepung kecil-kecil

>> Posh sibuk mengelintey kuih siput untuk penuhi tempahan yang tinggi menjelang hari raya.

Germit / Gurmit pengasah pensel

>> JJ mengurmit pensel yang telah sedia ada kontot menjadi bertambah kontot.

Ghonot menyusup

>> JJ dan Niko ditangkap cikgu kerana menyeronot keluar pagaq asrama memalam buta.

Gelut bersungguh-sungguh

>> Kiki gelut menyiapkan kertas tesisnya yang hampir siap.

Ghayan mimpi

>> walaupon Ct telah mengumumkan tarikh pernikahannya Niko tetap ghayan nak menikah degan CT

Gagan sebaya / seusia / sama

>> nombot, ebok dan JJ nampak segagan saja sb lahir dlm tahun yang sama.

H

Hebiaq Mulut leser / tak simpan rahsia

>> Ciri-ciri pompuan idaman Dato K ialah pompuan yg mulut hebiaq.

Hantap montel / debab (untuk Baby shj bapak ngan mak baby takleh pakai )

>> Anak Alahai hantap walaupun masa kelahiran nampak cam kecik ja.

Honggiaq Longgar

>> Tayar keta Kubus honggiaq sebab terlanggaq lubang

Honggaq melonggarkan

>> Nombot menolong bapaknya menghonggaq turus pagar kebun.

Hemoi tak berapa nak malu

>> Tok Dan Kassim penah kata pemimpin perlu hemoi untuk mendekati rakyat

Hindik Memampatkan / menekan

>> Mat troop menghindik padi kedalam guni untuk dijual.

J

Juah eksyen / sombong

>> tak ada sorang pon warga BOD KP yang juah

Jemuan samseng / org tak beropa nak baik sgt

>> Janganlah berperangai mcm jemuan kalau nak ada ghamai kawan

No comments:

Post a Comment